8:05 AM | Posted in ,
Adibah Aida Berpengetahuan/keberuntungan
Anak yang memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi bukan sahaja menguntungkan kedua ibu bapa, tetapi menguntungkan dirinya sendiri. Apa-apa jua kejayaan yang hendak dicapai sama ada pada dunia dan akhirat, mestilah dengan ilmu pengetahuan. Beruntunglah kepada anak-anak yang tinggi ilmu pengetahuannnya.

Alani Fatini Ketinggian/bijaksana
Seorang anak yang bijaksana senang dididik dan senang untuk memahamkan mereka dalam banyak aspek. Kefahaman mereka untuk menangkap apa-apa yang ingin disampaikan sangat tangkas. Ibu bapa hanya perlu untuk bercakap sedikit, tetapi anak mudah ingat dan tahu apa yang dimaksudkan.

Ahlam Fakhira Paling sempurna/termashyur
Pada zaman yang serba mencabar ini, untuk mendidik anak ke arah kesempurnaan diri memang merupakan satu cabaran. Lihatlah di luar sana, berapa ramai anak-anak yang kecundang menjadi mangsa dadah, pergaulan bebas dan sebagainya. Memberikan nama ini, semoga anak sempurna pada zahir dan batin, menjadi termasyhur dengan kesempurnaan diri yang dimilikinya.

Alya Adriana Ketinggian, nisbah
Semoga anak ini menjadi orang yang sangat suka melakukan kebaikan yang tiada henti nisbahnya.

Alya Jazilah Ketinggian/bijak bercakap
Kelebihan ataupun ketinggian anak ini terletak kepada petahnya dalam berkata-kata. Anak yang bijak bercakap juga merupakan suatu kelebihan dirinya untuk berjaya dalam hidup. Semoga anak menjadi orang yang bijak dalam berkata-kata dan mengamalkan apa yang diperkatakan.

Aliyah Afifah Wanita yang tinggi/yang sopan
Wanita akhir zaman, selalu dikaitkan dengan kehilangan sopan santun dan juga budi pekerti yang baik. Namun, bukan zaman yang silap tetapi sebenarnya pendidikan yang diberikan oleh ibu bapalah yang mencorakkan kehidupan anak. Biarlah zaman berubah kemodenannya, tetapi seorang wanita tetap tinggi dengan kesopanan dan budi pekerti baik yang dimiliki.

Aisyah Aqilah * Aisyah Afiqah Hidup bahagia/ Cerdas, pandai * Sangat berpengetahuan
Ibu bapa pastinya mengharapkan anak-anak hidup bahagia. Doa yang berpanjangan sentiasa dipanjatkan demi kebahagiaan anak. Pastinya ibu bapa boleh bergembira bila anak-anak kembarnya cerdas dan sangat berpengetahuan. Merekalah yang diharapkan untuk meneruskan perjuangan generasi akan datang. Generasi yang bukan sahaja memiliki ilmu pengetahuan yang luas, malahan tinggi pula budi pekertinya.

Azyan Alilah Perhiasan / Yang memakai wangian
Seorang anak perempuan memang suka untuk berhias-hias. Sesungguhnya jadikanlah budi pekerti yang sopan santun sebagai perhiasan yang terbaik. Sebagaimana yang disarankan oleh agama ialah sebaik-baik perhiasan adalah seorang wanita yang solehah. Biarlah kebaikannya ibarat bau-bau wangian yang sangat disukai ramai.

Anis Zarifah Comel/indah
Anak yang comel dan menjadi kemanjaan kepada ibu bapa. Perilakunya menawan hati dan jauh dari sifat-sifat yang buruk.

Aisyah Mariah Kehidupan/yang indah
Selain nama isteri Rasulullah s.a.w, dia juga merupakan seorang yang matang dalam mengharungi kehidupannya. Mampu membina kehidupan yang indah lagi diredhai Tuhan.

Afifah Wanita yang suci/sopan
Nama yang kedengarannya sangat lunak. Selembut dan sesopan nama yang diberikan kepadanya. Tetapi dia juga seorang yang tegas dan berpendirian.

Ajda Bermanfaat
Seorang anak yang tidak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang negatif. Masanya digunakan dengan sebaik-baiknya dengan melakukan perkara-perkara yang bermanfaat.

Ahlam Paling sempurna
Anak yang paling sempurna dalam hidupnya. Sempurna pada fizikal anak, dan juga pada akal fikirannya. Seorang yang sentiasa ingin kelihatan kemas dan sempurna dalam kehidupan hariannya.

Adawiyah Ubat penawar
Anak adalah penawar yang paling mujarab untuk ibu bapa. Misalnya kesedihan anak merupakan kesedihan ibu bapa. Begitulah sebaliknya. Sedaya mungkin ibu bapa akan memastikan anaknya berada dalam kesenangan.

Aflah Beruntung
Moga-moga anak yang diberikan nama ini sentiasa beruntung nasibnya. Sesuai dengan nama yang dimilikinya.

Ardini
Isteri yang disayangi

---sumber di atas---karangkraf-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Category: ,
��

Comments

0 responses to "A (perempuan)"

Blog ini mengumpulkan nama-nama bayi Islam pilihan sebagai himpunan peribadi yang diambil dari pelbagai sumber untuk memudahkan rujukan pada masa akan datang agar tidak lagi perlu untuk membuka sumber satu-persatu apabila memerlukan.